Mati, mana mau lari

11:55 AM Faz.M 0 Comments

بسم الله الر حمن الرحيم....

Minggu ni saja ada 4 berita kematian yg aku terima. Mungkin lebih lagi. Tapi, ini yg benar2 dalam perhatian aku dan orang di luar sana. 3 daripadanya adalah yg tiada kaitan dgn diri aku. Tapi, kisah mereka sangat memberi kesan kepada aku.

Awal minggu ni viral kisah seorang doktor muda yg fight for cancer akhirnya pergi meninggalkan suami tercinta. Kisah cinta yang wallahi sgt menyentuh hati wanita aku. Mashaallah, sungguh suaminya seorang lelaki yg baik. Lelaki yg sanggup berkorban dan menerima kekurangan dan kelebihan seorang isteri. I believe that mmg susah nk jumpe lelaki sepertinya. Moga dia tabah menghadapi ujian dari Allah Taala ini.

Beberapa sehari selepas berita itu aku temui kisah seorang yg aku tak kenali juga. Pergi meninggalkan suami dan anaknya ketika melahirkan anak yg kedua. Besar benar pengorbanan seorang isteri yg melahirkan. Moga syurga hadiah buatmu kakak.

Semalam pulak penyanyi bersuara lunak Tan sri Sm Salim pula tinggalkan kita dengan alunan suara merdunya.

Pagi2 ni dapat berita pak cik aku sendiri yg memang dah lama sakit meninggal dunia pada penghulu segala hari. 2 orang meninggal dlm usia muda dan 2 lagi pada usia tua.

Benarlah kematian ini byk beri pengajaran kepada kita yg masih hidup. Bahawa mati itu pasti tak kenal umur tak kenal pangkat tak kenal darjat. Mati yang setiap hari mengejar kita dalam kita tak sedar.

Aku selalu rasa beruntungnya org yg meninggal hari jumaat. Aku juga mahukan itu. Adik aku bertanya. Kenapa kalau meninggal hari jumaat?

Kata aku terlepas azab kubur. Tanya dia azab yg macam mana? Yg disoal malaikat tu ke. Kata aku bukan. Org yg meninggal tetap akan diseksa mengikut amalan mereka sehingga hari kiamat. Org yg amalnya baik terlepaslah seksa kubur. Orang yg amalnya kurang berlarutan lah seksaan itu sehingga kiamat tiba. Wallahualam.

Bayangkanlah orang2 yg tinggalkan kita dari dulu. Berapa lagi mereka perlu tggu sehingga hari perhitungan tiba. Sebab tu ada ayat quran kata, mereka yg dah meninggal meminta utk kembali ke dunia utk beramal kebaikan. Jika mereka tahu balasan yg Allah beri itu adalah benar mereka akan berbuat baik.

Jadi kita yang tinggal ini banyak mana tingkatan amal kita utk di persembahkan pada Allah kelak. Renung-renungkan....

0 orang bagi komen: