Assalamualaikum 2017

12:15 PM Faz.M 0 Comments


2016,
Begitu pantas masa berlalu
Sekejapan pergi dengan beribu kisah
Yang mengisi sisi seorang aku
Segala suka, duka 
2016
Boleh aku rangkum sebagai tahun yang sukar
Sukar sehingga aku jatuh terduduk 
Betapa sukar untuk aku bangkit
Untuk teruskan apa yang aku mulakan
Sungguh
Aku bermohon
Moga Allah tunjukan, terangi hari2 aku yang kian sukar
Moga aku mampu untuk terus melangkah
Walau langkahku kian lemah dan longlai
Aku gagahi jua
Demi nafas yang Allah kurniakan sehingga hari ini
Untuk aku terus mensyukuri
Segala nikmat sedari dalam rahim
Wahai Allah maha mendengar segala isi hati
Maha mengetahui sisi hidup seorang aku
Maha tahu apa yang terbaik buat diri ini
Permudahkanlah setiap langkah kaki ku untuk tahun ini dan hari yang mendatang
Moga aku terus ampuh dan kukuh untuk teruskan apa yg dah lama aku mulakan
Permudahkan Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Jauhkan aku dari rasa lemah
Sesungguhnya hanya pada mu aku bermohon dan meminta petunjuk

Allahumma Amiin...



0 orang bagi komen: