Officially Miss 29

1:24 AM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillah, beberapa hari lepas Allah beri izin sambut hari lahir yang ke 29. 29? 😨 Jangankan kata korang. Mak aku sendiri terkejut bila tengok angka 2 dan 9 tu yang muncul kat atas kek hari tu.

Maybe dari segi fizikal or luaran tak nampak aku ni bakal menginjak ke 3 series. Sebab tu macam tak kisah sangat. But, then of cause akan terfikir. 29 thn kau hidup apa aje yang dah kau achieve.

Kalau difikir secara mendalam memang akan rasa down la. Nak kata aku positif tak jugak. Tapi, aku harus percaya pada qada dan qadar Allah. Sejauh mana pun kita cuba dan usaha. Segala ketentuan tetap di tangan Dia.

Nak ke angka 3 ni mesti la akan hardly fikir soal kahwin. Klise la. Bosan pun ada sebab apesal nak kena fikir pasal ni. Sampai aku rasa aku ni nak sangat kahwin atas sebab apa. Kerana tuntutan agama ke, kerana Allah atau kerana nak nampak normal.

Normal?
Aku ni tak normal ke?

Tak normal la sebab umur nak 30 still tak kahwin and bergantung harap pada mak ayah. How pathetic my life now kan? 😆
But, the truth is bukan aku tak cuba cari. Masih belum masanya lagi. Kena sabar dan redha. Ni ujian dari Allah opkos.

Nak kahwin sebab nak nampak normal is so not good u know. Mak aku mesti risau pasal ni and risau lagi lambat kahwin lagi susah dapat anak. Tapi, siapa kita nak tentukan hal tu awal2. Sedangkan segala rahsia hidup kita Allah dah plan dari dalam rahim lagi.

So, be bless be happy to all single ladies out there. ✌😊

0 orang bagi komen: