My skin care routine

9:36 AM Faz.M 0 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم...
Bila omo makin meningkat ni la baru sedar betapa pentingnya jaga kulit muka. Dulu macam tak kisah sangat. Di sebabkan kerja kat rumah je pakai pelembap muka pun jarang sekali. Pulak tu since last year my skin face jadi a bit sensitive. Tiba2 gatal2 around bawah mata and timbul2 bila digaru. Dulu tak penah pun ada masalah macam ni.

Maybe di sebabkan faktor umur la kot. Nak ikut sejarah kulit muka kita ni. Alhamdulillah, Allah bagi kulit hitam manis yang takde banyak masalah. Pernah la during teenager phase muka penuh jerawat. Gelap berminyak. Time tu pakai la apa pun jerawat ko takkan hilang.

Masa tu ingat lagi. The first product yang memberi kesan baik pada my skin is shurah moisturizer susu kambing. Guna masa form 2 sampai habis sekolah kot. Not so sure. Bila pakai tu muka jadi cerah sikit la dari masa form 1. Untuk get rid all the pimples macam2 guna. Oxy punya pimple gel dengan clean and clear pore cleanser. Ha..nampak tak remajanya I time tu. Haha.

So, sejak study until now kita pakai Syahirah punya moisturizer and cleanser. Pernah stop kejap pelembap dia sebab dia tetiba tukar formula dari lembut and cair kepada likat like krim which means kita tak berapa suka. Tapi, sekarang guna balik with facial toner dia akan jadi ok.

Step kita jaga muka:
1- Cuci muka guna Syahirah cleanser ni untuk siang.
2- Once a week akan pakai egg peel off mask.
3- Pastu rose water toner
4- Lepas toner pakai Syahirah moisturizer pulak. (siang)
5- malam pulak akan cuci guna skrub Syahirah.
6- Rose water toner and rice emulsion.

Simple je sebenarnya. Nak kulit ala2 orang korea memang tak dapat la. Sangat salute dengan skin care routine dorang. Jenuh menepek sebelum tido. Nak kulit cantik punya pasal. Tak salah kita follow benda yang baikkan? Allah dah bagi pinjam tubuh badan ni kena la jaga elok2. Oh, beside jaga muka jangan lupa amek supplement jugak ye. Saya makan vitamin C aje. Tu pun sejak kulit sensitif tula.

Lastly, nak pakai produk apa pun make sure takde bahan bahaya dalam tu. Pakai ikut kesesuaian kulit kita. If nampak tak ok stop terus. Tak penting pun ada kulit putih yang penting kulit muka kita sihat. Tu dah cukup dah.

Orite itu saja untuk entri ni. 
P/s: Fyi, skin care kita guna semua produk tempatan uolls and make sure NO mercury inside ok.


0 orang bagi komen: