Jealousy through Facebook

7:10 AM Faz.M 0 Comments

Bismillahirahmanirahim...
Title dia bukan main. Omputeh tau. Haha. Nak bagi senang paham je senonye. Kita saja nak share cerita. Once in while kita rasa FB tu best sebab macam2 info boleh dapat. Macam2 cerita orang kongsi. But, lately ni kita rasa macam2. Dia bukan bosan tau. Tapi, satu perasaan yang kita panggil penyakit hati.

Cemburu.

Memang la kalau fikir. Ala..setakat jeles je bukan buat apa pun. Tapi, tanpa kita sedar dari cemburu tu jadi iri hati. Perasaan iri pulak ada kaitan dengan penyakit hati.

Macam kita sendirikan. Memandangkan kita ni keje sendiri. Bila tengok kawan yang saing2 kita lebih berjaya kita jadi jeles. Susah hati. Padahal kan Allah dah tentukan rezeki masing2. But, ya. That kind of feeling kadang2 ada dalam hati kita.

So, bagi mengelakkan segala perasaan buruk mengahantui diri kita. Baiklah kita lakukan sesuatu. Contohnye, kita hide segala update dia dari FB kita. Itu benda first sekali kita akan buat. Bila dah lama2 tu rasa macam FB ni stressfull sebab kat situ dah jadi tempat orang meluah perasaan dan masalah.

Eh eh..apasal kita kena ada dalam masalah dorang pulak nih. Hehe. Gitu la lebih kurang. So, kita pun amek keputusan untuk stop explore FB for about 1 month. No update and scroll the timeline for a while.

Boleh je pun takde Fb. Kita beralih ke instagram jela. Malangnya, bila tak bukak Fb banyak pulak benda tak tahu. Haha. Maklum la. Fb ni laju je berita2 viral nak keluar. Bila tak tahu tu. Orang cerita2, kita macam. Ha, apa tu. Tak tau laa. Hadoi laa.

Di sebalik segala rasa tak enak tu. Kita temui ketenangan dan lebih fokus pada diri sendiri. Takyah sibuk hal orang lain. Bukan ke itu lebih baik? Jadinye, it depends on korang la nak buat macam mana. Ikut mana yang selesa dan terbaik untuk korang ye.



0 orang bagi komen: