Komen aku: Terasing

3:14 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni curi masa sikit untuk menaip di blog kesayangan.. :)
Hari tu masa saya pergi KL, berkesempatan jengah ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. First time dapat jengah ke sana dan saya tersangatlah happy sebab memang kaki buku walaupun kadang-kadang tak sempat nak baca. Heheh. Dua buku dekat bawah ni jadi pilihan saya.

Terasing ~ Hilal Asyraf
Tautan Hati ~ Fatimah Syarha

Saya memang teringin nak baca karya Hilal Asyraf sebab daripada FB dia saya dapat lihat dia merupakan seorang yang berpandangan jauh dan dirinya terisi dengan pelbagai ilmu. So, memang tak rugi baca karya dia. Saya beli dengan harga RM5.00 sahaja. Apa? Betul. Saya beli dari tangan orang yang mempromote dan sangat happy dapat beli dengan harga semurah tu. Memang tak sangka. 

Semalam selesai la pembacaan hasil karya beliau. Maknanya lagi satu novel tu belum baca la. Plastik pun tak bukak lagi tu. Huhu. Apa yang saya dapat dari novel Terasing ni yek? Ukhwah. Hilal cuba menegaskan betapa pentingnya kita untuk menjaga ukhwah sesama Islam dan manusia. Erti persahabatan dan janji seorang sahabat untuk mengingatkan dirinya sekiranya terlupa atau pun tersasar jauh.

Dalam novel ni memang terasa sangat nilai persahabatan yang Hilal cuba nak sampaikan. Cinta pada Allah, pada Rasul, pada buah hati, pada keluarga dan pada sahabat. Bayangkan la bila sahabat lelaki tu mengucapkan, saya cintakan awak kerana Allah. Memang meresap jauh ke dalam sanubari. Yela, kita sendiri ni pun entah tahu atau tidak maksud sahabat yang sebenarnya. Sahabat tu selalu diertikan dengan tempat meluah segala masalah dan cerita. Sahabat tu lebih daripada itu. Sahabat yang baik akan membawa sahabatnya ke jalan yang baik. Insyaallah.

Plot ceritanya pun sangat menarik. Dah macam action drama dah aih. Serius tak tipu. Kita pulak jadi berdebar-debar takut jadi pape pada Saifullah kecik. Huhu. Nak tahu lebih lanjut, better dapatkan novel ni. Memang best! Tak tipu... :p

p/s: Lepas ni nak beli lagi karya Hilal Asyraf. Beli online jela dekat website dia.. :)

0 orang bagi komen: