Saya bersyukur..

5:39 PM Faz.M 0 Comments


Assalamualaikum...
Sebenarnya nak tulis entri ni hari tu. Tapi, nak tulis benda lain pulak. Hari ni, saya nak tulis balik sebab terpanggil untuk menulis lepas baca status dari Farah Lee, si cantik manis wife Ally Iskandar di FB nya. :)


Alhamdulillah..sungguh saya sangat bersyukur dengan setiap apa yang Allah beri pada saya tiap hari. Dari saya bangun tidur dan minum secawan teh bersama sekeping roti juga sajian makan tengahari nasi bersama telur atau kentang atau sayur saja pun. Pada saya, ia sudah mencukupi. Apa yang saya ada sekarang mungkin tidak ada bagi orang lain. Tidak bagi mereka yang sedang hidup melarat di Palestin.

Itu yang buat saya rasa sangat bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah telah beri pada saya. Walaupun saya tiada pekerjaan tetap yang boleh di banggakan sehingga mampu memakai kereta atau makan di tempat yang mahal atau belanja famli makan2 atau bayarkan bil setiap bulan. Saya tetap bersyukur dengan REZEKI yang Allah beri pada saya setiap hari.

Sekurang-kurangnya dengan wang tidak seberapa itulah saya masih mampu menanggung hidup sendiri. Sekurang-kurangnya saya masih mampu tersenyum sebagai seorang hamba Allah. Iya, saya sedar kenapa tak berusaha untuk menjadi orang yang lebih berjaya? Bukan saya tak usaha. Cuma rezeki itu belum ada untuk saya. Namun saya dah cukup bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Dan saya percaya bahawa setiap apa yang berlaku tentu ada hikmah tersendiri dari Allah SWT. Saya percaya akan itu.

It's a blessed year for me. Sangat. Sebab sekurang-kurangnya saya sudah ada customer saya sendiri. Sekurang-kurangnya saya masih juga bekerja walaupun di rumah. Sekurang-kurangnya saya masih ada pendapatan sendiri. Sekurang-kurang saya tidak hanya duduk senang lenang di rumah.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur kerana itu.

Benar. Rezeki itu tidak boleh di pandang hanya pada DUIT. Rezeki itu luas. Tersangat luas dan besar maknanya. Setitik air masak yang kita minum itu juga merupakan rezeki. Tengok. Betapa banyak nikmat yang Allah beri pada kita dan betapa kita harus bersyukur dengan setiap satu darinya. Allah sangat sayang pada setiap hambaNya. Cuma kita saja yang asyik lupa dan terus melakukan dosa. :(

Saya sendiri banyak dosa yang saya buat tiap hari. 

Kalau ada yang masih mengeluh kerana tak dapat kerja yang diingini lagi. Ada yang mengeluh kerana tak cukup duit. Ada yang tak bersyukur kerana tak dapat miliki apa yang kita sukai. Ingat dan bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita masih ada rumah untuk kita duduki, tidur di atas tilam empuk setiap hari dan berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi.

Pandang keliling dan lihat kesusahan orang lain jika nak dibandingkan dengan diri kita ini sebelum kita merungut dan terus merungut.

Thanks sudi jengah...
Wassalam... :)

p/s: Alahmdulillah, saya kini lebih berani untuk menguji kemampuan diri....

0 orang bagi komen: