Niat

6:17 PM Faz.M 0 Comments

Ya ukhti
Pernahkah kau selami
Kerana apa kau hijrahkan diri?
Ya ukhti
Adakah ia kerana ilahi
Atau kau sendiri masih mencari2
Ya ukhti
Aku fahami hijrahmu susah
Aku fahami terkadang kau lelah
Tapi, kau harus gagah melangkah
Ya ukhti
Tak salah kau ubah diri
Memilih perilaku baik dan suci
Menjadi lebih baik dari hari ke hari
Namun
Jika niatmu hanya kerana mencari imam dan pembimbing diri
Wajar kau selami kembali niat hijrahmu tadi
Ya ukhti
Tak salah kau mencari cinta buat pasanganmu
Lebih baik kau raih cinta ilahi dan cintai Rasulullah SAW terlebih dahulu
Ya ukhti
Teruskan mendekati ya ilahi
Teruskan mencari ilmu
Teruskan istiqamah
Kerana walau hijrah itu payah
Syurga yang indah yang engkau damba

0 orang bagi komen: