Al-kisah: Curang

11:28 AM Faz.M 0 Comments

Satu hari di sebuah mall.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" Airina menyoal Tuti di sebelahnya. Mereka berdua baru selesai membeli barang dapur untuk bulan itu.

" Kita pergi cafe kat bawah ni la. Minum-minum kejap. Haus pulak tekak aku berjalan lama tadi.

Ok, kita letak barang dalam kereta dululah macam tu.

Oh mak cik kau."

Tiba-tiba Airina melatah. Seorang anak kecil berlari hingga melanggar kakinya. Airina membantu anak kecil itu bangun. Putih mulus wajahnya yang comel berambut kerinting itu.

"Eh, adik dari mana? Mana ibu dengan ayah adik." Anak kecil itu hanya tersenyum. Di tarik-tarik hujung blouse Airina.

"Piya." Suara lelaki yang seperti tidak asing dari pendengaran Airina memanggil seseorang.

"Papa." Airina mengangkat kepala. 

'Dia.' Kata Airina di dalam hati.

"Anak awak?" Soal Airina kepada susuk tubuh di hadapannya. Lelaki itu mengangguk. Anak kecil itu meluru ke arah bapanya.

"Awak apa khabar?" Lelaki itu bertanya.

Setelah 12 tahun.

"Baik." Jawab Airina telus.

"Boleh saya mintak nombor telefon awak?" Airina terkedu. Perlu apa dia mahu hubungi aku lagi.

"Mana ibu dia?" Airina cuba mengelak.

"Mummy!" Kedengaran Piya memanggil seseorang.

Seorang wanita memakai tudung berona biru muda menghampiri lelaki dan anak kecil di hadapan Airina. Airina tersenyum dan mengangguk. Di gamitnya tangan Tuti di sebelah. Tuti sekadar menurut. Mereka pun berlalu meninggalkan lelaki itu bersama anak dan isterinya.

Sudah 12 tahun berlalu dan kau sudah menemui kebahagian kau Fikri. Aku gembira untuk kau.

- The end -

P/s: Moral of the story. If kita tahu orang yang pernah hadir dalam hidup kita tu kepunyaan orang lain. Tak usah kita cuba-cuba nak memulakan. Jika kita pernah ada kaitan dengan dia adalah lebih baik kita menghindarinya sebelum terjadi perkara yang tak di ingini. Doa sajalah yang terbaik. Lelaki ni kadang-kadang dia saja nak try test aje. Bila dah dapat, kita push macam mana pun dia tetap akan pilih isteri dia. This is note to single lady yang pernah terjebak dengan cinta suami orang or yang bakal terjebak. Jangan mula. Itu aje. ✌


 

0 orang bagi komen: