Sedih

6:42 AM Faz.M 0 Comments

Saat ini aku jadi sedih

Mereka kata mereka peduli

Namun hanya sekadar di bibir

Sejujurnya

Aku jadi sangat sedih

Saat ini yang kelihatan hanya sifat pentingkan diri

Aku sedih

Sangat sedih

Aku tak suka memaksa

Cuma

Pinjamkanlah sedikit masa

Aku tahu ini ujian

Hujungnya nanti pahala besar menanti

Aku tiada wang untuk dihulur

Tiada harta untuk di bagi-bagi

Hanya tenaga

Hanya masa

Hanya Aku

Cukup hanya aku

Untuk kedua orang tuaku

Kalau itu yang mereka mahu

Akan aku cuba

Selebihnya aku serah saja pada Allah

0 orang bagi komen: